Html Free Codes

Wednesday, May 6, 2015


Hasil Karya guru-guru SK Sri Kampung Rengam-Lawatan Penanda Aras..Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi ilmu.

Thursday, December 26, 2013

Assalammualaikum..w.b. Selamat Tahun Baru 2014. Rancanglah pengajaran dan pembelajaran anda sebaik mungkin. Bahan-bahan yang boleh membantu anda saya sertakan di sini sila muat turun mengikut keperluan. Bahan KSSR boleh dimuat turun daripada isi kandungan lepas (bulan mac 2013)

Bahan Pendidikan Seni Visual

HSP Tahun 5

RPT Tahun 5

HSP Tahun 6

RPT Tahun 6

Contoh Penulisan Rancangan Harian PSV

RPH Tahun 5

Tahun:
Lima

Masa:
1 Jam

Bidang:
Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti:
Mobail

Tajuk:
Burung Terbang Bebas



OBJEKTIF PENGAJARAN

Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:
· Mengenali mobail dan origami.
· Memahami cara-cara menghasilkan mobail menggunakan origami burung yang dibuat.
· Menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



KEPERLUAN

Alat:
gunting, lidi, benang

Bahan:
Kertas warna

Rujukan:
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual



PROSEDUR

1. Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid.
2. Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
3. Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan induksi.
4. Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap.
5 Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan mobail menggunaka origami burung yang dihasilkan.
6. Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan hasilan mobail menggunakan origami burung.
7. Apresiasi dan refleksi.
8. Penutup


Contoh Modul Pengajaran & Pembelajaran PSV


Bahan Pendidikan Seni Visual Tahun 4 KSSR

RPT Tahun 4 KSSR

Contoh Penulisan RPT Tahun 4

Draf Dokumen Standart Kurikulum Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 4


RPH DSV & PSV

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL (TAHAP 1)

BIDANG : MENGGAMBAR
TEKNIK : CAPAN -klik di sini-

BIDANG : MENGGAMBAR
TEKNIK : CATAN -klik di sini-

BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TEKNIK : KRAF TEMBIKAR -klik di sini-

BIDANG : MENCORAK & MEMBUAT REKAAN
TEKNIK : LIPATAN & GUNTINGAN -klik di sini-


BIDANG : MENCORAK & MEMBUAT REKAAN
TAJUK : CORAK MOTIF HURUF -klik di sini-


BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TAJUK : RANTAI LEHER -klik di sini-

Sunday, September 2, 2012

DEFINASI TEKNIK-TEKNIK DALAM SENI

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Melalui bidang ini, kita dapat melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.Dalam bidang menggambar menekankan ASPEK RUANG, STRUKTUR, IMBANGAN DAN KOMPOSISI dalam sesuatu hasil karya. Ia melindungi teknik lukisan, catan, kolaj, montaj, catakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asa dan teknik dalam proses rekaan. Ia dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Menggambar menunjukkan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

Apakah itu CATAN?
Catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rakaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Catan dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan. Ia merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna atau latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Catan merupakan satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikanwarna basah ke atas permukaan 2D. Biasanya taknik ini menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Catan adalah satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

Apakah itu CETAKAN?
Cetakan merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakeat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanyaakan menentukan beberapa banyak catakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat di atas permukaan rata. Proses ini menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan daripadan satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu kertas.

Apakah itu GOSOKAN?
Gosokan merupakan proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah proses penerokan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Ia merupakan cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil catakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kerta yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Gosokan adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu dan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya sapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalina dan ton.
Menurut Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Gosokan dapat memperkembangkan seria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat selesa dan sebagainya. Apabila kita mengapikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berlainan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

Apakah itu RESIS?
Resis merupakan satu aktiviti mengambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutupkan kawasan permukaan kertas atau kain. Dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinasi sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Resis dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resisi boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Apakah itu MOZEK?
Mozek merupakan sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil baha-bahan seperti kaca, marmar dan seramik(tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidaj rata dan menghasilkan pantulan/ kilauan. Mozek adalah satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema atau tajuk. Ia sebagai satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.
Mozek adalah satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh oeng Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek dengan untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kriatian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.
Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni si sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar.

Apakah itu KOLAJ?
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam , tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Ia merupakan satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat di satu pemukaan khas disebut kolaj. Ia adalah satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latar belakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Ia adalah satu teknik menggambar di mana foto,keratin akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dolekat dan disatukan di atas permukaan.
Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara “superimpose” di antara satu sama lain. Kolaj ialah satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan diatas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu
SALAM AIDIL FITRI DARIPADA SAYA SEKALUARGA