Html Free Codes

Thursday, March 15, 2012

Adakalanya kita terlupa.
Terlupa membezakan di antara halaman web informasi, berita, dakwah, kesihatan dan ke hujung senarai yang berterusan.
Kita akan kecewa apabila kita masuk ke sebuah halaman dengan kehendak kita, kerana sering tidak bertemu dengan apa kita hendak.
Justeru harus ada empati.
Menemukan kehendak diri dengan kehendak dunia yang 1001 di sekeliling kita.

Saifulislam.Com bermula sebagai sebuah ‘Halaman Web Peribadi’ dan kini berformat blog.
Ia kekal sebagai sebuah halaman yang begitu, biar pun konotasinya, serta pandangan orang lain mengenainya, berubah-ubah mengikut musim dan zaman.

Lazimnya, jika hati lurus berukhuwwah, kita akan lebih melihat apa yang ada berbanding dengan apa yang tiada.
Kata al-Imam al-Raghib, kalimah Syukur (شكر) itu adalah keterbalikan kalimah (كشر) yang memberi maksud (الكشف) yakni terbuka.
Lawan SYUKUR ialah KUFUR dan kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab.
Orang yang bersyukur sentiasa nampak. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada.
Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada.
Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.
Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.
“…Dan sedikit sekali daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur” [Saba' 34: 13]
Mari bersyukur.
Ia rawatan jiwa untuk bahagia.