Html Free Codes

Friday, June 8, 2012


MEMBUAT TOPENG.BAGAIMANA CARANYA?

Contoh-contoh topeng muka.
Topeng buah, topeng kucing dan topeng harimau







Bahan-bahan yang diperlukan:
1. kertas keras (kad manila)
2. gunting
3. sepasang gelang getah
4. crayon/pensel warna/warna air

Cara-cara membuatnya:
1. Tentukan topeng yang hendak dibuat sama ada haiwan, buah-buahan dan lain-lain.
2. Lukiskan bentuk topeng yang dipilih dengan pensel. Lipat 2 sama kelebaran kertas tebal atau kad manila. Lukis
bentuk pada sebelah lipatan sahaja.
3. Gunting bentuk lukisan yang dibuat pada kad manila dengan berhati-hati (gunting sekali gus lipatan tadi untuk
menghasilkan bentuk yang sama kedua-dua belah muka).
4. Tebuk mata/hidung/mulut pada topeng secara berhati-hati dengan menggunakan gunting.
5. Warnakan topeng dengan media warna yang dipilih secara berhati-hati agar hasilnya kemas dan menarik.
6. Tebuk 2 lubang kecil di bahagian tepi topeng untuk dipasangkan dengan gelang getah. Anda boleh menggunakan
hujung gunting atau hujung pensel dengan berhati-hati. Selamat mencuba.