Html Free Codes

Thursday, December 26, 2013

Assalammualaikum..w.b. Selamat Tahun Baru 2014. Rancanglah pengajaran dan pembelajaran anda sebaik mungkin. Bahan-bahan yang boleh membantu anda saya sertakan di sini sila muat turun mengikut keperluan. Bahan KSSR boleh dimuat turun daripada isi kandungan lepas (bulan mac 2013)

Bahan Pendidikan Seni Visual

HSP Tahun 5

RPT Tahun 5

HSP Tahun 6

RPT Tahun 6

Contoh Penulisan Rancangan Harian PSV

RPH Tahun 5

Tahun:
Lima

Masa:
1 Jam

Bidang:
Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti:
Mobail

Tajuk:
Burung Terbang Bebas



OBJEKTIF PENGAJARAN

Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:
· Mengenali mobail dan origami.
· Memahami cara-cara menghasilkan mobail menggunakan origami burung yang dibuat.
· Menghasilkan mobail menggunakan origami burung.



KEPERLUAN

Alat:
gunting, lidi, benang

Bahan:
Kertas warna

Rujukan:
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual



PROSEDUR

1. Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid.
2. Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis.
3. Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan induksi.
4. Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap.
5 Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan mobail menggunaka origami burung yang dihasilkan.
6. Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan hasilan mobail menggunakan origami burung.
7. Apresiasi dan refleksi.
8. Penutup


Contoh Modul Pengajaran & Pembelajaran PSV


Bahan Pendidikan Seni Visual Tahun 4 KSSR

RPT Tahun 4 KSSR

Contoh Penulisan RPT Tahun 4

Draf Dokumen Standart Kurikulum Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 4


RPH DSV & PSV

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL (TAHAP 1)

BIDANG : MENGGAMBAR
TEKNIK : CAPAN -klik di sini-

BIDANG : MENGGAMBAR
TEKNIK : CATAN -klik di sini-

BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TEKNIK : KRAF TEMBIKAR -klik di sini-

BIDANG : MENCORAK & MEMBUAT REKAAN
TEKNIK : LIPATAN & GUNTINGAN -klik di sini-


BIDANG : MENCORAK & MEMBUAT REKAAN
TAJUK : CORAK MOTIF HURUF -klik di sini-


BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
TAJUK : RANTAI LEHER -klik di sini-