PENDIDIKAN SENI VISUAL - KOLAJ Bagaimanakah cara membuatnya? Bidang A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. Di antara contoh2 kolaj terdiri daripada berikut;
1.Kolaj yang paling mudah Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.Gunakan gam dan tampal perlahan-lahan.
2.Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.Gam agak baik perlu digunakan seperti gam UHU.
3 Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).Gunakan gam biasa sahaja.
4.Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing-masing. Boleh gunakan gam biasa atau UHU.
5.Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.Tampal menggunakan gam biasa.
6.Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal ke atas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.Penghasilannya agak rumit, kaedah ini sesuai untuk murid-murid tahap dua. Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
Contoh-contoh Kolaj:
No comments:
Post a Comment